Selamat Datang...

Iklan

JAWATAN KOSONG

 GURU TASKA  dan TUKANG MASAK


ASSALAMUALAIKUM..
 Kepada para pembaca dan teman blog sekalian, sekiranya ada sesiapa yang berminat untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai GURU TASKA atau TUKANG MASAK di taska kami, diharap dapat menghubungi saya dengan segera...

Hubungi saya Pn Nalia 019-6691874
 atau email:
taskirafalchildcare@yahoo.com

*jangan risau, kami merupakan taska berdaftar dengan JKM dan telah mendapat kelulusan dari semua agensi keselamatan, kesihatan dan BPT. Boleh rujuk web ini di kedudukan no. 10
http://www.jkm.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=160&Itemid=513&lang=ms

Promosi Hebat untuk Bahan Pembelajaran Anak-anak

PROMOSI...PROMOSI...PROMOSI

Kawan-kawan dan pelanggan yang berminat untuk dapatkan bahan pembelajaran anak-anak berbentuk softcopy dalam CD boleh hubungi saya atau pm saya di facebook. Hanya RM29.90 anda mampu memiliki lebih 20 set bahan yang boleh dicetak secara berulang.


atau boleh hubungi saya 019-6691874


Bacaan ketika Gangguan Sihir, Jin, Syaitan dan Makhluk Halus

Salam pembaca semua, hasilan tontonan TV9 Tanyalah Ustaz dapatlah kita sama berkongsi ayat-ayat pendinding jika mengalami sebarang gangguan jin, syaitan dan makhluk halus atau sihir. 
Semoga  ayat ini dapat membantu diri kita...
ayat pendinding



Bengkel Bina Bahan Bantu Mengajar

السلام عليكم....
kepada rakan-rakan yang sempat melayari blog saya, di sini saya memaklumkan bahawa Bengkel Bina Bahan Bantu Mengajar (BBM) bersama Pn Fauziah A. Rahman atau kenali blog beliau http://skdua.blogspot.com/ Insyaallah bengkel akan diadakan di sekitar Cyberjaya. 

Tarikh : 24hb Disember 2011 
Masa: 8.30pg - 5.00 ptg
Tempat: akan dimaklumkan kemudian
Yuran: RM80 sahaja.  

Setakat ini telah ada penyertaan dan sambutan yang baik jadi apa kata kita ambil peluang yang ada menimba ilmu dan secara tidak langsung dapat menjana pendapatan tambahan selain dapat menjimatkan kos untuk keceriaan kelas, tadika, taska dan bilik anak-anak.

Yang berminat sila pm saya di facebook atau sms saya di 019-6691874 (Pn Nalia) untuk sahkan kehadiran. 
**sebarang perubahan pada tarikh akan dimaklumkan kemudian. tq..


Bahan Bantu Mengajar Untuk Tempahan

Belajar Arab Wajah kita A009
jawi A004
nombor A003
Jurai Gantung Nama nabi A005
Salam kawan-kawan, guru-guru dan ibu bapa yang prihatin, kami ada menyediakan bahan bantu mengajar untuk kegunaan dalam membimbing anak-anak. Tidak kurang hebat juga ia boleh dijadikan hiasan dan dekorasi bilik kelas, taska, tadika atau ruang belajar anak-anak. Kami mengambil tempahan mengikut kod yang disediakan. Berminat sila hubungi kami melalui email: taskirafalchildcare@yahoo.com atau pm saya di facebook. Kami menjual dalam bentuk softcopy bernilai RM10 setiap set.
Abjad A001
Hari A002


 

Batu Belah Batu Bertangkup

video
Cerita dongeng batu belah batu bertangkup pernah kita dengar. Setidak-tidaknya sekali terutamanya semasa kecil hati kita mungkin pernah merasa seram dan ditakut-takutkan oleh kisah seorang ibu menyerahkan dirinya ke dalam sebuah gua batu yang boleh menelan manusia. Lalu hati kita kecut, takut-takut ibu kita pula akan ditelan batu. Lalu kita pun berhenti menangis atau merajuk takut-takut ibu kita akan mengalami keadaan yang sama. Walaupun cerita ini jelas berunsurkan dongeng malah di sesetengah tempat terdapat elemen tahyul, namun cerita ini tetap masyhur disampaikan dari generasi ke satu generasi.   Malah karyawan seni Melayu telah memertabatkan kisah ini menjadi sebuah filem suatu masa dahulu.

Diringkaskan kisahnya berlegar disekitar seorang  balu miskin dengan dua orang anaknya yang masih kecil. Yang sulung, seorang perempuan, manakala yang bongsu pula seorang lelaki. Ibu tersebut terpaksa menyara dan memelihara kedua anak itu setelah suaminya meninggal dunia. Justeru ibu miskin tadi terpaksa menyara kehidupan anaknya dengan membuat berbagai-bagai kerja, dari bercucuk tanam, mengambil upah bekerja di rumah orang hinggalah menangkap ikan. Matlamatnya cuma satu, yakni janganlah kedua anaknya mati kebuluran.

Pada suatu hari, ibu tadi berjaya menangkap seekor ikan Temakul yang mempunyai telur. Setelah ikan ini siap dimasak, siibu tadi berpesan kepada anak perempuannya agar memberi anak lelaki kecilnya makan. Manakala dia terpaksa keluar kerana masih ada kerja yang hendak dibuatnya.  Sebelum pergi siibu mengingatkan anak perempuan agar menyimpan sedikit telur ikan Temakul yang telah siap dimasak untuk dimakannya sewaktu pulang ke rumah nanti. Sepeninggalan ibunya, kakak tadipun memberi adiknya makan. Setelah habis bahagian siadik, kakaknya menjadi bimbang kerana siadik masih belum puas, dia terus menerus minta tambah sedangkan tidak ada lagi telur ikan yang tinggal kecuali yang telah disimpan untuk siibu.

Siadik terus menangis, merayu-rayu dan merengek-rengek minta tambah. Setelah beberapa lama, sikakak tidak sampai hati, lalu memberi baki telur ikan Temakul bahagian siibu untuk adiknya. Telur ikan itupun habis semuanya. Tidak lama kemudian siibu pun pulang. Alangkah kecewa hatinya apabila didapati telur ikan yang sangat diinginkannya telah habis dimakan oleh anaknya. Ia kecewa, marah dan benar-benar terkilan. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk keluar membawa dirinya ke batu belah batu bertangkup untuk ditelan. Dia pun berlari ke tempat batu itu sambil berkata, “batu belah batu bertangkup, telanlah aku, ambillah aku… aku keempunan telur ikan temakul.” Begitu diseru berulang-ulang sambil berlari dengan deras menuju batu belah batu bertangkup. Melihat keadaan itu, sikakak pun mengejar ibunya sambil mengendung adiknya. “Ibu, ibu… jangan, jangan tinggalkan kami.” Pendek cerita, siibupun ditelan batu dan tinggallah kedua anak tadi menjadi yatim piatu.

Cerita itu terus bersambung dengan pelbagai episod lagi. Hinggalah kononnya kisah ini berakhir dengan ‘happy ending’ bila siadik lelaki berkahwin dengan puteri raja dan sikakak juga turut berkawin dengan putera raja. Namun apa yang hendak diiulas menerusi tulisan ini cukup hanya setakat itu sahaja. Sebenarnya, fokus kisah ini boleh diberikan ditujukan kepada dua subjek. Pertama, subjek pendidikan, kedua subjek komunikasi.  Dalam soal pendidikan, jelas terdapat kepincangan yang besar pada karektor ibu dalam kisah ini. Sebagai ibu, perbuatan merajuk atas perbuatan anak (dalam kes ini sehingga sanggup membunuh diri) adalah salah. Ibu adalah individu yang mesti mengasehi anaknya sepenuh hati yakni secara ‘love without condition’. Maksudnya, cinta tanpa syarat. Apa sahaja sanggup dikorbankan demi kebahagian anak, hatta diri sendiri.

Dalam kisah ini, jelas kelihatan jiwa siibu terlalu kecil dan rapuh, sehingga begitu terkesan dengan perbuatan anaknya yang masih kecil dan belum matang berfikir. Sedangkan dalam proses mendidik anak, kesabaran dan kebijaksanaan sangat diperlukan.   Seorang ibu adalah juga seorang pendidik yang benar-benar merasakan tugas mendidik anak ialah amanah besar daripada Allah. Siibu harus sedar bahawa dia sedang memikul tugas warisan para rasul khususnya nabi Muhammad SAW. Jika seorang jurutera, doktor, peniaga dan juruterbang berdepan  dengan benda atau persoalan yang berbentuk fizikal, lain halnya pula dengan siibu yang berdepan dengan karenah anak yakni manusia yang punya jiwa, akal, nafsu dan perasaan. Oleh itu seorang ibu sedikit-sebanyak mesti memiliki kesabaran para Rasul.
Jika kita buka lembaran sejarah, banyak iktibar yang boleh kita ambil khususnya tentang kesabaran para Rasul menghadapi karenah umatnya. Beberapa kesilapan para Rasul kadangkala diperbetulkan oleh Allah terutamanya apabila mereka ‘berasa hati’ dengan umatnya. Walaupun telah sekian lama berdakwah dan tetap ditolak seruannya, namun Allah terus mengingatkan para Rasul-Nya agar tidak berasa kecewa, apalagi merajuk bila berdepan dengan kedegilan umat.  Dan beberapa insiden telah berlaku yang merupakan didikan lansung dari Tuhan agar para Rasul tidak mengulangi kesilapan mereka. Nabi Yunus AS misalnya, telah ditelan ikan kerana bertindak meninggalkan kaumnya. Begitu juga yang terjadi kepada Nabi Zakariya AS, Nabi Yahya AS  dan lain-lain. Bukan itu sahaja bahkan setiap Rasul merasakan kesilapan masing-masing apabila dihadapkan di mahkamah Allah di Padang Mahsyar kelak.  Oleh hal yang demikian, para Rasul tidak berani menunaikan permintaan umat masing-masing untuk memohon kepada Allah bagi mempercepatkan perbicaraan di Padang Mahsyar. Hanya Nabi Muhammad sahaja yang sanggup memohon kepada Allah untuk dipercepatkan perbicaraan itu.
Nabi Muhammad saw telah menunjukkan keunggulan berbanding para Rasul yang  lain apabila baginda tidak sedikitpun berasa hati apalagi merajuk terhadap karenah umatnya. Baginda telah menunjukkan ketinggian peribadi apabila sering mendoakan orang yang menentangnya. Peristiwa di Taif misalnya, menunjukkan bagaimana baginda menolak tawaran para malaikat untuk menghancurkan penduduk Taif yang menghinanya. Bukan itu sahaja, bahkan baginda mendoakan agar generasi kemudian penduduk Taif akan mendapat hidayah. Inilah sifat mulia yang menjadi syarat untuk menjayakan proses pendidikan. Tetapi inilah yang tidak ada pada siibu dalam kisah batu belah bertangkup ini. Sifat mudah merajuknya, bukan sahaja membinasakan dirinya tetapi juga kedua anak yang ditinggalkannya. Siibu telah merajuk atas sebab  yang sangat remeh, yakni sekadar tidak dapat makan telur ikan, bukan sebab-sebab besar yang boleh dianggap penting dalam hidup. Sikap yang sepatutnya diambil oleh iibu ialah berlapang dada dengan sikap anak yang belum boleh berfikir apalagi merasai keinginan dan perasaannya.
Anak yang belum baligh, dan mungkin dalam kes ini belum mumaiyiz, sekali-kali tidak boleh dilayan sebagai orang dewasa kerana mereka masih tidak boleh berfikir, menilai dan bertindak dengan betul. Bukan sahaja ibu-bapa, malah Allah sendiripun tidak meletakkan sesuatu tanggung-jawab atau kewajiban terhadap anak-anak yang masih belum mumaiyiz dan belum baligh.  Hanya apabila baligh barulah anak-anak dikira mampu menilai, berfikir, memilih memutuskan dan seterusnya bertindak dengan betul. Ketika itu barulah input berbentuk ilmu, ajaran dan didikan boleh diterima, difahami dan diamalkan oleh anak-anak. Dan ini hanya dapat dicapai apabila seorang anak itu mencapai usia baligh. Bila baligh barulah sianak dianggap layak untuk diberi pertanggung-jawapan dan dihukum sekiranya mengabaikan tanggung-jawab itu.
Islam sangat mementingkan tahap akil baligh ini. Ia telah diletakkan sebagai syarat wajib yang perlu ada pada seseorang muslim sebelum diwajibkan melakukan sesuatu perintah. Ini bermakna jika seseorang belum baligh, maka dia belum wajib melaksanakan sesuatu hukum. Manusia yang masih kecil tidak tahu bagaimana menilai yang baik dan buruk untuknya. Fikirannya ketika itu hanya selapis sahaja, nampak seronok, nampak sedap, nampak suka… terus dibuat. Tanpa memikirkan apa akibat buruk yang mungkin berlaku. Samada akibat buruk itu berlaku di dunia ataupun di akhirat. 
Mengambil kira hakikat ini, kesalahan ibu dalam cerita ini ialah kerana dia menganggap anak-anak sepertinya juga. Dia terlalu mengharap anak-anak itu akan memahami, bersimpati terhadapnya dan melakukan tindakan yang selaras dengan kehendaknya. Tetapi realitinya tidaklah sebegitu. Anak-anak mempunyai kelemahan yang banyak. Justeru mereka belum mampu berfikir dan menilai seperti mana orang dewasa. Dengan yang salah ini, sering terjadi para ibu memarahi merajuk,  kecewa bahkan menghukum anak-anaknya tanpa mempertimbangkan kelemahan-kelemahan anak-anak itu. Dalam konteks ini Rasulullah telah berpesan berpesan “suruhlah anak-anak sembahyang pd umur 7 tahun. Pukullah mereka jika tidak sembahyang apabila umur 10 tahun.”
Kenapa anak-anak 7 tahun tidak boleh dipukul? Ini kerana kalau mereka melakukan kesalahan pada usia itu, bukanlah kerana kedegilan atau keengganan mereka tetapi kerana mereka belum cukup matang untuk menilai yang mana baik dan yang mana buruk. Sebab itu diperingkat ini, memberi ilmu, membimbing dan menunjukkan teladan yg baik lebih utama dr menghukum. Saidina Ali juga telah memberi panduan bahawa anak-anak yg berumur 7 tahun ke bawah hendaklah diberi kasih sayang secara banyak bermain-main bersama mereka. Supaya dengan itu anak-anak meyakini bahawa ibu-bapa memang kasihkan mereka. Setelah mereka berumur 10 tahun ke atas, barulah menurut Saidian Ali, mereka itu boleh didisiplinkan dengan adab-adab dan peraturan.
Malangnya ibu dalam kisah ini, tidak mengikut panduan-panduan yg tepat dalam mendidik dan menangani karenah anak-anaknya. Dia melakukan kesalahan besar kerana menyangka anak-anaknya mementingkan diri dan tak menyayanginya kerana memakan telur tembakul. Sedangkan sebenarnya, anak itu sayang kepadanya. Tetapi oleh kerana fikiran mereka tidak dapat menjangkau fikiran dan perasaan si ibu, si kakak memberi telur temakul kepada adiknya. Bukan kerana mementingkan adik lebih dari ibunya, tetapi semata-mata kasihan melihat adik yang menangis-nangis meminta telur tersebut. Dan si anak kecil juga, kerana terlalu kecil, apa yg difikirkan hanyalah makan. Dia belum boleh berfikir tentang perasaan dan kehendak ibunya. Apalah yang boleh difikir oleh anak sekecil itu, melainkan lapar, sakit, bermain dan sebagainya?
Subjek kedua dalam kisah ini ialah masalah komunikasi antara ibu dan anak-anak. Dalam kisah ini, jelas tidak adanya komunikasi berdasarkan simpati dan empati antara kedua-dua belah pihak iaitu pihak si ibu dengan pihak si kakak tadi. Dalam komunikasi yang baik, sikap ‘seek to understand then to be understood’ – sikap memahami orang lain terlebih dahulu barulah orang memahami diri kita sangat perlu. Kita mesti cuba menyelami perasaan, keadaan dan juga kesusahan yang dihadapi oleh orang lain sebelum membuat sesuatu tanggapan, atau suatu penilaian terhadapnya. Dalam ini misalnya, si ibu gagal menyelami perasaan sikakak yang simpatikan kepada adiknya. Dan ibu juga gagal perasaan siadik yg begitu sukakan telur ikan.
Sedangkan si ibu  boleh membuat pelbagai alasan bagi pihak anaknya, tentang kenapa anaknya bertindak demikian. Contohnya,  si ibu boleh beranggapan bahawa anaknya terlalu lapar. Mungkin telur ikan itu yg paling sedap pernah dirasainya dan pelbagai alasan yg lain. Apabila  kita meletakkan diri kita pada kedudukan orang yg sedang kita berkomunikasi dgnnya, maka mudahlah kita membuang rasa negatif seperti sikap prasangka, prajudis dan marah yg tidak diketahui puncanya. Dalam perhubungan, kita tak boleh mementingkan diri sendiri. Yakni kita terlalu memikirkan diri kita tanpa memikirkan kepentingan orang lain. Kalaulah si ibu dapat menyelami dilema yang dihadapi oleh anak perempuannya, dan kelaparan yang dialami oleh anak lelakinya, maka sudah pasti dia rela mengorbankan telur ikan itu.
Si ibu berada di satu keadaan yang boleh menyelami perasaan seorang anak, sedangkan sianak tidak mampu menyelami perasaan siibu. Apa yang boleh dilakukan oleh ibu tersebut ialah menahan sabar, menahan lidahnya, menahan perasaan dan berkata pada dirinya sendiri… “anakku hanya seorang budak lelaki yang kecil, terlalu kecil untuk mengerti penderitaanku.” Dia harus sedar bahawa anak itu tidak boleh dilayani sebagai seorang dewasa. Dan dia telah meminta terlalu banyak daripada anaknya yang masih kecil. Siibu harus sedar… bahawa Tuhan pun tidak menghukum anak yang masih kecil. Kesimpulannya, jiwa siibu dalam kisah batu belah batu bertangkup ini terlalu kecil… Terlalu kecil untuk memainkan peranan yang terlalu besar.  Ya, orang yang berjiwa kecil tidak akan mampu mendidik sekalipun seorang anak yang kecil!

Van Untuk Disewa

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi En Azmi di talian 019-2621874 (sekitar Cyberjaya, Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya)


Bahan Bantu Mengajar Taskirafal

Taskirafal Childcare (Raudhatul Athfal Childcare) menyediakan beberapa bahan bantu mengajar untuk memastikan pendidikan yang diberikan kepada anak-anak asuhan kami tercapai. Di antara bahan yang disediakan adalah:
Kad 1
Kad 2
Kad 3
Kad 4
Kad 5
Kad 6


Kecelaruan Hiperaktif Kurang Upaya Tumpuan (ADHD)

Pendahuluan
ADHD adalah satu kecelaruan tingkahlaku yang biasa terjadi di kalangan kanak-kanak.Ia melibatkan 3 jenis kepayahan :
• Kurang tumpuan
• Hyperaktif
• Menurut kata hati (Impulsiviti)

Satu kajian ke atas kanak-kanak Malaysia berumur di antara 5 – 15 tahun menunjukkan seramai 4.3% mempunyai ciri-ciri ADHD. Kebanyakkannya dihidapi oleh kanak-kanak lelaki.Tiada punca utama diemui walaupun faktor genetik dan ketidak-seimbangan bahan kimia di dalam otak mungkin menyumbang kepada terjadinya masalah ini.
Tanda & gejala 
Seorang kanak-kanak dikatakan mempunyai masalah ADHD sekiranya dia mempunyai lebih dari 6 gejala dari kategori A dan/atau kategori B.

A. Kurang tumpuan Kanak-kanak sentiasa :
• Melakukan banyak kesilapan di dalam kerja sekolah.
• Mempunyai masalah untuk mengatur aktiviti-aktivitinya
• Sering kehilangan barang di rumah dan di sekolah
• Tidak dapat menyelesaikan tugasnya
• Tidak memberi perhatian kepada orang yang sedang bercakap dengannya
• Tidak berupaya mematuhi arahan
• Mengelakkan aktiviti yang memerlukan konsentrasi dan fikiran
• Mudah hilang perhatian
• Pelupa
B. Hyperaktif
Kanak-kanak sering :
• Menggoyang-goyangkan tangan dan kakinya serta mengeliat dan resah di tempat duduknya
• Meninggalkan kerusinya di kelas walaupun sepatutnya ia duduk di situ
• Berlari-lari dan memanjat-manjat dengan berlebihan (lebih dari kanak-kanak biasa)
• Bising waktu bermain
• Sentiasa bergerak ke sana ke mari (tidak duduk diam)
• Banyak bercakap
C. Menurut kata hati (Impulsiviti)
Kanak-kanak akan :
• Menjawab dengan spontan walaupun soalan yang diajukan belum habis
• Tidak sabar menunggu giliran
• Sering mengganggu rakan lain semasa mereka bercakap atau bermain
• Tambahan :
o Gejala gejala dapat dikesan sebelum kanak-kanak berumur 7 tahun
o Gejala gejala mestilah telah melebihi tempoh 6 bulan
o Perubahan ini berlaku lebih dari satu tempat atau keadaan seperti di sekolah, rumah, tempat awam
o Perubahan kelakuan tidak setaraf dengan umur kanak-kanak itu
o Tidak ada masalah tumbesaran atau kesihatan
o Perubahan perlakuan menimbulkan masalah kepada kanak-kanak itu di sekolah, dengan rakan rakan dan kehidupan hariannya Sekiranya anak anda memenuhi kriteria saperti di atas, sila mendapat bantuan profesional dengan segera.
Komplikasi
• ADHD biasanya wujud bersama Gejala Tentangan dan Bantahan (Oppositional Defiant Disorder) di mana kanak-kanak itu berkelakuan degil, keras kepala, pemarah dan pembangkang.
• Masalah harga diri boleh berlaku kerana kesusahan di sekolah, rumah dan rakan rakan.
• Masalah pembelajaran adalah biasa terjadi kerana kanak-kanak ini tidak dapat memberi tumpuan pada pelajaran di sekolah.
Rawatan
Ubat ubatan boleh menurunkan kadar hyperaktiviti kanak-kanak ini dan membantu mereka untuk belajar dengan lebih baik. Ubat untuk ADHD yang digunakan dalam jangkamasa panjang adalah diketahui selamat untuk digunakan. Ianya disarankan untuk kanak-kanak berusia 6 tahun. Ubat yang biasa digunakan ialah Methylphenidate (Ritalin). Kesan sampingan yang biasa berlaku ialah hilang selera makan, hilang berat badan dan gangguan tidur.Pengambilan ubat perlu mendapat nasihat dari pegawai perubatan dan kesan
sampingannya perlu dipantau.
Pemulihan Intervensi tingkahlaku
Ada beberapa teknik yang boleh diguna pakai oleh ibu bapa di rumah dan mungkin boleh berbincang dengan guru-guru untuk dipraktikkan di sekolah :
• Berikan arahan satu persatu dengan jelas dan pastikan bahawa kanak-kanak tersebut memberi perhatian dan memahaminya.
• Beri pujian sekiranya mereka membuat sesuatu dengan baik. Cara ini akan menaikkan rasa harga dirinya. Berikan pujian dengan spesifik/tepat, contoh: tunjukkan anda berasa gembira kerana mereka telah menyimpan permainan di tempat yang betul.
• Wujudkan satu sistem memberi hadiah untuk menggalakkan kelakuan yang baik. Carta Bintang (hyperlink) adalah satu cara yang bagus untuk membantu kanak- kanak berkelakuan dengan lebih baik.
• Kekalkan kebiasaan aktiviti harian supaya kanak-kanak dapat menjangka apa yang berlaku setiap hari.
• Bantu kanak-kanak mengatur aktiviti harian mereka dengan mennyediakan senarai semak untuk memastikan tugasnya disempurnakan.
• Galakkan anak-anak untuk mengawal kata hatinya, umpamanya berfikir dulu sebelum mengeluarkan kata-kata.
• Bina semangat dan kelebihan yang ada pada kanak-kanak itu dan jangan menitik beratkan pada kelemahannya sahaja.
• Tempatkan kedudukan kanak-kanak di bahagian barisan hadapan kelas.
• Minta bantuan guru untuk mencatitkan kerja kerja sekolah di dalam buku khas yang mana kanak-kanak ini boleh menunjukkannya kepada anda semasa di rumah nanti.
Pendidikan Khas
Kanak-kanak yang mengidap ADHD boleh berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan dan ditempatkan di dalam kelas Pendidikan Khas. Mereka akan menerima faedah dari kelas yang lebih kecil dengan tumpuan yang lebih kepada mereka.

Tips Melatih Anak Membaca Dari Kecil

Membaca boleh menjadikan anak anda lebih bijak dari sebelumnya. Daripada aktiviti membaca, anak – anak anda boleh memperkembangkan pengetahuan dan membentuk pemikiran mereka ke arah lebih matang. Berikut adalah empat tip untuk mengajar anak kecil anda membaca.

Tip pertama : Pastikan tiada gangguan dari luar
Ketika anda sedang mengajar anak anda membaca, anda pasti tiada gangguan dari luar seperti suara radio dan televisyen menganggu tumpuan anak anda. Beritahu juga ahli keluarga anda yang lain supaya tidak menganggu apabila anda sedang mengajar anak kecil anda membaca. Sunyi adalah penting supaya anak anda hanya fokus pada anda dan bahan bacaan.

Tip kedua : Jadikan membaca sebagai budaya yang seronok untuk di amalkan
Jangan hanya mengajar anak anda membaca dengan menggunakan buku sahaja. Sebaliknya anda ajar dia dengan berbagai – bagai bahan bacaan seperti label makanan, papan tanda jalan dan sebagainya. Untuk lebih seronok, anda tampal beberapa nota di tempat tersembunyi, anda galakan dia cari dan baca. Selain itu, aktiviti seronok yang lain adalah anda adakan ujian membaca setiap hari di mana jika anak anda berjaya, anda akan beri point terkumpul untuk di tukar pada hadiah. Jadikan membaca sebagai akiviti yang seronok.

Tip ketiga : jika ada kemajuan, dengan pantas anda tingatkan kualiti bahan bacaan
Jika anda dapati dia sudah kuasai ejaan – ejaan asas, anda ajar dia untuk membaca bahan bacaan yang sedikit panjang seperti cerita dongeng dan sebagainya. Apabila dia sudah biasa dengan bahan bacaan tersebut, anda kenalkan dia pada bahan bacaan baru sepert surat khabar, majalah, novel, buku berkulit tebal dan sebagainya. Anak akan berusaha untukmenguasai ilmu bacaan dan apabila mereka mahir, anda beri mereka bahan bacaan baru untuk memberi cabaran kepada mereka. Membaca adalah penting pada anak – anak kerana ia adalah antara senjata anda untuk mematangkan dia.

Cara Mendidik Anak-anak Menurut Islam

Pendahuluan
Menurut perspektif Islam, pendidikan kanak-kanak ialah proses mendidik, mengasuh dan melatih rohani dan jasmani mereka berteraskan nilai-nilai baik yang bersumberkan Al-Quran, Hadis dan pendapat serta pengalaman para ulama. Ia bertujuan melahirkan " Insan Rabbani" yang beriman, bertakwa dan beramal soleh.
Falsafah pendidikan sebenarnya menekankan aspek rohani dan jasmani, sesuai dengan kejadian manusia itu sendiri yaang terdiri daripada roh dan jasad. Ianya melibatkan beberapa peringkat, bermula dari dalam kandungan sehinggalah ia lahir dan menjadi dewasa.

Membentuk Dunia Kanak-kanak
Sebelum anak-anak dilahirkan, ibubapa menyediakan tempat yang sesuai untuk membesarkan anak dengan sebaik-baiknya. Ini bermakna dunia kanak-kanak setelah dilahirkan ialah rumah ibubapa itu sendiri. Untuk mencapai kesempurnaan hidup kanak-kanak, ibu-bapa perlu membentuk suasana harmoni dan bercirikan keislaman dalam kehidupan rumahtangga terlebih dahulu.
Jika pasangan suami isteri menghayati nilai-nilai keislaman dalam kehidupan rumahtangganya, mudahlah ia mendidik anak-anaknya dengan benih-benih Islam. Sebaliknya, jika pasangan suami isteri gagal menerapkan nilai-nilai Islam dan mengekalkan kerukunan rumahtangga, sukarlah bagi mereka mentarbiyah anak-anak mengikut acuan dan budaya hidup Islam.
Atas itulah Rasulullah S.A.W mengingatkan bakal-bakal suami agar memilih bakal isteri yang mempunyai kesungguhan dan penghayataan agama, bukan kerana paras rupa, keturunan atau harta semata-mata. Sabda Rasulullah yang bermaksud:
" wanita dikahwini kerana empat perkara, iaitu kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama kerana ia menguntungkan kamu(lebih utama)"

Ketika Anak Dalam Kandungan
Proses pendidikan mula berlaku ketika bayi masih berada dalam kandungan ibunya. Pendidikan pada peringkat ini lebih bercorak kerohanian, iaitu:

1) Bagi ibu-ibu yang mengandung digalakkan supaya memper-banyakkan bacaan Al-Quran terutama surah Yusuf, Mariam, Luqman dan At-Taubah.
2) Ibu hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T agar anak yang bakal dilahirkan itu nanti menjadi seorang anak yang soleh, berilmu, beriman, bertakwa dan berakhlak mulia.
3) Ibu bapa hendaklah mendapat rezeki daripada sumber yang halal supaya benih yang bakal dilahirkan itu nanti datang daripada darah daging yang halal.
4) Ibu hendaklah makan makanan yang berzat dan sentiasa menjaga kesihatan tubuh badannya. Kebersihan diri hendaklah diutamakan bagi menjamin kesihatan anak-anak dalam kandungan. Faktor kesihatan amat dititik beratkan oleh Islam sehingga Islam memberikan kelonggaran kepada ibu yang mengandung untuk berbuka puasa sekiranya merasakan puasa itu menjejaskan kesihatan diri dan anaknya.
5) Ketika mengandung, ibu perlulah menyesuaikan diri dengan perubahan perubahan yang berlaku kepada dirinya. Pada waktu begini sememangnya keadaan ibu agak berbeza dari waktu - waktu biasa, terutamanya bagi ibu yang bakal melahirkan anak yang pertama. Mungkin selera makannya hilang, perasaan agak terganggu(sensitif) dan hatinya boleh berdebar-debar kerana bayi dalam kandungannya itu adalah sebahagian daripada dirinya. Ketika ini para suami hendaklah lebih memahami keadaan isteri serta memberi dorongan yang kuat kepadanya

Setelah Anak Dilahirkan
Setelah anak dilahirkan, hendaklah segera diazankan telinga kanannya dan diiqamatkan telinga kirinya.
Abu Rafi meriwayatkan sebuah hdis yang bermaksud:
" Aku melihat sendiri Rasulullah S.A.W mengazankan Hasan B. Ali pada telinganya ketika ia baru dilahirkan oleh Fatimah r.a"
(Riwayat Abu Daud dan Termizi)
Sebagai suapan yang pertama, sunat bayi disuapkan dengan manisan seperti madu dan kurma. Abu Musa Al Asyari r.a. dalam sebuah riwayat mengatakan:
"Isteriku melahirkan seorang anak. Bayi itu ku bawa kepada Rasulullah S.A.W.. Baginda menamakannya Ibrahim, kemudiannya disuap dengan buah kurma(yang telah dilumatkan) setelah itu baginda mendoakan keberkatan baginya lalu bayi itu diserahkan kembali kepadaku".
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Pada hari ketujuh kelahirannya, ibu bapa disunatkan bersedekah dengan melakukan ibadah aqiqah untuk anaknya. Seekor kambing bagi anak perempuan dan dua ekor kambing bagi anak lelaki. Rambutnya pula sunat dicukur keseluruhannya supaya kepalanya bersih, otaknya cergas dan rambut barunya tumbuh dengan subur dan sihat.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
"Setiap anak yang baru dilahirkan bergantung kepada aqiqahnya. Hendaklah diaqiqahkan dengan menyembelih kambing pada hari ke tujuh, diberi nama pada hari itu dan dicukur kepalanya".
( Riwayat Abu Daud, Termizi dan Nasa)
Bagi ibu yang menyusukan anak, ia perlu makan makanan yang halal, bersih, dan berzat. Ketika menyusukan anak, hatinya hendaklah selalu mendoakan kejayaan anaknya. Ketika hendak tidur, dodoikan (lagukan) dengan kalimah memuji Allah dan Rasulnya seperti nasyid dan sebagainya.
Apabila anak sudah mulai pandai bercakap, hendaklah membiasakannya dengan percakapan yang baik-baik seperti selawat, zikir dan lain-lain perkataan yang seumpamanya.

Peringkat Umur antara 5 hingga 7 tahun.
Pada peringkat umur antara 5-7 tahun, memerlukan teknik pendidikan yang lebih luas dan menyeluruh. Pengisian antara keperluan rohani dan jasmani perlu didedahkan serentak dan diseimbangkan. Teknik pembelajaran dan pengajaran perlu menggunakan kaedah yang sesuai kerana kanak-kanak biasanya akan belajar(mengikut) berdasarkan pemerhatian iaitu apa yang dilakukan oleh individu disekelilingnya terutama ahli keluarganya.
Menurut pandangan Islam, pada peringkat ini anak-anak wajar didedahkan dengan latihan menulis, membaca, mengira dan berbahasa. Pendidikan yang wajar didedahkan pada peringkat ini ialah bab ibadah dan akhlak. Misalnya kanak-kanak yang baru meningkat umur mumayyiz hendaklah dilatih mendirikan sembahyang. Seterusnya adab-adab yang mulia hendaklah mula diterapkan dalam bentuk latihan amali seperti:

1) Mendidik anak supaya taat dan beradab kepada kedua ibubapanya; timbulkan kesedaran kepada mereka bahawa pengorbanan ibubapa terhadapnya adalah amat besar dan mereka perlu bersyukur kerana menjadi anak yang masih mempunyai kedua ibubapa. Ini dapat mengeratkan hubungan mesra, rasa kasih sayang antara ahli keluarga.
2) Mengajar anak supaya taat dan beradab kepada guru dan orang yang lebih tua daripadanya; guru merupakan orang yang bertanggungjawab mendidik dan menyampaikan ilmu manakala orang yang lebih tua adalah orang yang lebih berpengalaman dan berpengetahuan daripadanya.
3) Mengajar anak bercakap atau bergaul dengan baik; anak-anak hendaklah dilatih bercakap benar, sopan santun dan mengucapkan perkataan yaang baik-baik. Kanak-kanak biasanya begitu sensitif dengan pendengarannya, ia mudah terikut-ikut dengan apa yang didengarnya. Sebab itu jika ibubapa mahu menegur atau memarahi mereka, hendaklah menggunakan bahasa yang paling sopan bukannya dengan bahasa yang kesat, kasar dan keras.
4) Mengajar anak-anak adab bergaul dengan rakan-rakan; anak-anak harus dinasihatkan agar tidak berbangga atau meninggi diri di hadapan rakan sebayanya, jangan sekali-kali menyakiti atau mengambil hak orang lain .
5) Mengajar anak adab makan minum yang baik; sifat atau sikap yang tidak sopan seperti gelojoh ketika makan hendaklah ditegah, sebaliknya anak-anak dilatih dulu dengan adab-adab makan seperti mencuci tangan, duduk dengan sopan serta berdoa sebelum dan sesudah makan.
6) Mengajar anak adab berpakaian; pakaian yang dipilih hendaklah menutup aurat dan bukan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain.
7) Mengajar adab dan bangun daripada tidur; sebaiknya hendaklah mengadap qiblat, membersihkan diri sebelum dan selepas bangun daripada tidur.
8) Mengajar anak adab masuk dan keluar tandas, anak-anak perlu diajar cara membuang air kecil/besar dan cara masuk ke dalam tandas seperti membaca doa, menutup kepala,membelakangkan qiblat dan sebagainya.

Kesimpulan
Anak-anak merupakan amanah Allah yang perlu dididik dengan sebaiknya sejak ia kecil lagi supaya apabila besar kelak menjadi anak yang soleh dan sentiasa taat kepada kedua ibubapanya. Mereka ibarat kain putih dan ibubapa lah yang berperanan mencorak dan melukiskannya dengan warna-warna menarik yang menjadi amalan dan cara hidup Islam.

KURIKULUM PERMATA NEGARA

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

" Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lg pontensi individu secara myeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan y seimbang dan harmonis dr segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kpd Tuhan. Usaha ini adalah bg melahirkan rakyat malaysia yang berilmu pengetahuan, berterampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara."
                                                                                                    ( Kementerian Pendidikan, 2003)
FALSAFAH KURIKULUM PERMATA NEGARA


Asuhan dan didikan awal kanak-kanak bertujuan mengembangkan potensi SETIAP ANAK PERMATA NEGARA secara  holistik (myeluruh) bg mewujudkan modal insan negara yang seimbang dr segi intelek, rohani, emosi, jasmani, sosial, dan komunikasi. Usaha ini memerlukan kerjasama yang padu antara pendidik, ibu bapa, dan komuniti.

KURIKULUM PERMATA
  •  Mengambil semua aspek perkembangan.
  • Berfokus kepada pembinaan kualiti individu kanak-kanak 0-4 Tahun
  • Meragumi aspek kaedah berinteraksi dengan kanak-kanak, pengalaman pembelajaran yang maksimum, kaedah asuhan secara holistik, panduan merancang aktiviti perkembangan kanak-kanak, mengadakan kerjasama erat dgn ibu bapa serta keluarga dan masyarakat.
LATAR  BELAKANG  PERMATA  NEGARA
  • Bertujuan membantu keluarga yang berpendapatan rendah.
  • Tinggal kawasan luar bandar dan pinggir bandar.
  • Memberi fokus kepada kesepaduan asuhan dan didikan awal kanak-kanak.
  • Memberi penekanan kepada penglibatan menyeluruh ibu bapa dan ahli masyarakat.
KEISTIMEWAAN PERMATA NEGARA 
  • Kombinasi penjagaan asas asuhan dan pengarapan elemen pendidikan.
  • Penekanan kepada amalan sentuhan dan belaian.
  • Amalan interaksi dgn kanak-kanak.
  • Amalan mendedahkan anak asuhan kepada persekitaran semulajadi, pendekatan berasaskan tradisi dan budaya.
  • Program pengesanan awal melalui kaedah pemerhatian secara berterusan dan kesesuaian aktiviti mengikut peringkat umur dan kebolehan.
  • Penekanan kepada kepantingan amalan pemakanan sihat dan berkhasiat.
  • Penglibatan ibu bapa  sebagai pemangkin perkembangan dan kesinambungan asuhan dan pendidikan awal di pusat asuhan dan di rumah.
  • Penglibatan komuniti dalam konteks kesihatan, pemakanan, asuhan dan  kerjasama pakar dalam pelbagai bidang yang berkaitan kanak-kanak.
  • Menitikberatkan keselamatan dr semua aspek
  • Mwnitikberatkan peningkatan kemahiran profesionalisme pendidik.

Taylors University at Taskirafal



Terima kasih kepada pelajar taylor's University kerana sudi datang mengadakan program bersama kanak-kanak di Taskirafal ini seramai satu bas pada Oktober 2011 yang lalu. Terima kasih juga atas sumbangan yang diberikan kepada pihak taska. Jutaan terima kasih ini saya wakilkan kepada Nawal Salim. Semoga program ini akan berterusan untuk dimasa akan datang.





Selamat Datang ke Pendaftaran Kanak-Kanak Taska Raudhatul Athfal


Alhamdulillah, tahun baru akan datang tidak lama lagi. Taskirafal mengalukan kedatangan kanak-kanak ke taska dan kelas baru yang akan disediakan mulai sesi 2012. InsyaAllah kanak-kanak berusia 2tahun hingga 5 tahun yang selama ini bergabung bangunan dengan bayi 2bulan hingga 2 tahun akan dipindahkan ke bangunan yang lebih selesa iaitu di hadapan taska sahaja.

Semoga dengan perpindahan ini, kanak-kanak ini akan dapat menikmati kelas dan pendidikan dengan lebih sempurna dan selesa. Usaha perkembangan pendidikan ini sesuai dengan kehendak dan matlamat kerajaan untuk melahirkan generasi yang cemerlang dalam segala aspek.

Ibu bapa penjaga yang masih setia bersama kami sejak tahun 2004 kami mengucapkan jutaan terima kasih, kepada ibubapa yang masih tercari-cari pusat asuhan kanak-kanak kami disini sedia merealisasikan impian anda, insyaAllah.

Untuk pendaftaran sesi 2012, sila hubungi Penyelia kami Cik Masriyah di talian 012-9409183 atau talian hotline kami 03-83182403 untuk maklumat selanjutnya atau add facebook kami.